KITA PERKASAKAN SATU SAMA LAIN
KITA PALING BAGUS APABILA KITA BEKERJA BERSAMA-SAMA.
Tempat Kerja yang Bersuasana Hormat
Di Donaldson, kita sebuah pasukan. Kita menghormati maruah, privasi dan hak peribadi setiap orang. Kita terikat untuk melayan satu sama lain dengan adil dan hormat.
- Adakah saya bercakap, berkomunikasi dan bertindak dengan penuh hormat, bertimbang rasa dan baik?
- Apakah kesan kata-kata dan tindakan saya terhadap diri saya, pasukan saya dan Donaldson?
- Jika orang lain dapat mendengar atau melihat saya, ataupun membaca apa yang saya taipkan sekarang, apakah pendapat mereka?
Donaldson melarang semua bentuk diskriminasi yang menyalahi undang-undang. Kita faham bahawa undang-undang diskriminasi berbeza di setiap negara dan mungkin merangkumi diskriminasi berdasarkan bangsa, agama, warna kulit, kepercayaan, negara asal, umur, jantina, haluan seksual, identiti atau penampilan jantina, taraf perkahwinan, kelainan fizikal atau mental, maklumat genetik, taraf veteran atau mana-mana ciri lain yang terlindung oleh undang-undang ini.
Kita tidak melakukan gangguan berulang-ulang, seperti komen atau gerak isyarat yang menyakiti hati, membuli, sentuhan yang tidak diingini, gerak laku seksual yang tidak diingini atau apa-apa bentuk tindakan balas.
Kita tidak membelakangi diskriminasi atau gangguan mahupun membenarkan sesiapa sahaja melakukannya. Jika kita nampak sesuatu, kita Cakap.
"Diskriminasi" ialah layanan yang tidak adil atau berprasangka terhadap seseorang atau sesebuah kumpulan berdasarkan ciri-ciri yang terlindung. Gangguan ialah kelakuan, tekanan atau ugutan yang tidak disenangi.
Ya, patut. Walau apa pun niat mereka, komen yang bersifat seksual boleh mewujudkan suasana kerja yang dingin dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual. Keadaan begini tidak hanya boleh menjejaskan orang yang diperkatakan itu tetapi juga rakan-rakan sekerja lain yang terdengar perbualan tersebut. Jika anda berasa kurang selesa, anda boleh menegur mereka sendiri dan meminta mereka menghentikan tingkah laku itu. Walau bagaimanapun, jika anda kurang selesa berbuat demikian atau jika mereka masih berkelakuan begitu, anda harus melaporkan kekhuatiran anda kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain.
Ya. Apabila keputusan pekerjaan, misalnya kenaikan pangkat, dibuat berdasarkan kesanggupan pekerja mengadakan hubungan cinta atau memberikan layanan seksual, ini dianggap sebagai gangguan seksual dan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Sumber Manusia, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain.
