KITA PERKASAKAN SATU SAMA LAIN
KITA PALING BAGUS APABILA KITA BEKERJA BERSAMA-SAMA.
Kesihatan dan Keselamatan
Tempat kerja yang sihat, selamat dan terjamin mengurangkan tekanan, meningkatkan kepuasan pekerjaan dan membolehkan kita bertumpu pada matlamat dan pelanggan kita.
Kita:
- Mematuhi semua undang-undang, peraturan, dasar dan prosedur keselamatan, kesihatan dan persekitaran
- Menjalankan kerja dalam keadaan terlatih, sesuai dan cekap
- Peka, berwaspada akan bahaya dan Cakap jika kita nampak sesuatu yang tidak selamat atau yang boleh menimbulkan bahaya
- Melaporkan semua kemalangan dan kecederaan dengan segera
Semasa bekerja, kita dilarang menggunakan arak, bahan yang diharamkan atau apa-apa yang boleh menjejaskan pertimbangan kita.
Janganlah kita ugut atau takut-takutkan orang lain. Selain itu, perbuatan menggunakan, menunjukkan atau membawa senjata di premis syarikat dilarang sama sekali.
Tidak, anda tidak patut berbuat begitu. Anda atau orang lain boleh tercedera. Beritahu rakan sekerja itu bahawa cadangannya bertentangan dengan prosedur keselamatan kita. Jika dia tidak mengendahkan kekhuatiran anda, laporkan hal ini kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain.
INTEGRITI
KOMITMEN
HORMAT
INOVASI
