KITA JIWAI PRINSIP-PRINSIP KITA
APABILA KITA BERPEGANG PADA PRINSIP, KITA MEMUNGKINKAN KEJAYAAN.
Cakap
Menggunakan suara anda ialah komponen utama dalam tindakan yang berintegriti. Jika anda percaya bahawa Tatakelakuan kita telah dilanggar atau berkemungkinan telah dilanggar, menjadi kewajipan anda untuk Cakap.
Jika salah satu sumber ini tidak boleh digunakan atau jika anda kurang selesa menggunakannya, anda boleh menghubungi Talian Bantuan Tataniaga kita untuk membuat laporan yang selamat dan sulit sama ada dalam talian atau melalui telefon. Penelefon di Amerika Syarikat boleh terus menghubungi talian 888-366-6031 manakala mereka yang menelefon dari luar Amerika Syarikat boleh merujuk senarai nombor telefon tempatan pada laman web Talian Bantuan.
Mungkin begitu, tetapi bukan anda yang bertanggungjawab menentukan sama ada perbuatan beliau itu sampai kepada tahap tindakan balasan. Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab memberitahu syarikat kita mengenai tingkah laku penyelia anda kerana anda mengesyaki bahawa beliau mungkin melanggar Tatakelakuan. Laporkan kekhuatiran anda kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain.
INTEGRITI
KOMITMEN
HORMAT
INOVASI
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai cara Cakap
Tatakelakuan kita tidak menghalang sesiapa memberikan maklumat kepada entiti kerajaan, pengawal atur atau pemeriksa dan tidak menghalang sesiapa menyertai siasatan kerajaan apabila bertindak sebagai pendedah maklumat mengikut undang-undang yang berkenaan.