Langkau ke kandungan utama

KITA JIWAI PRINSIP-PRINSIP KITA

APABILA KITA BERPEGANG PADA PRINSIP, KITA MEMUNGKINKAN KEJAYAAN.

Tidak Bertindak Membalas

Donaldson menggalakkan budaya keterbukaan dan ketelusan yang membuatkan semua pekerja berasa yakin untuk Cakap, bertanya dan melaporkan kekhuatiran. Untuk memelihara budaya ini, Donaldson dengan tegasnya melarang sebarang bentuk tindakan balas, termasuk gangguan, diskriminasi atau ugutan untuk menurunkan pangkat atau memecat, disebabkan laporan yang dibuat dengan suci hati atau penglibatan dalam mana-mana siasatan.

Kita tidak cuba mendiamkan atau menghukum orang lain apabila mereka bersuara. Mereka yang terlibat dalam tindakan balas akan dikenakan tindakan tatatertib.

Selain itu, pekerja Donaldson tidak boleh sengaja membuat tuduhan atau laporan palsu. Mereka yang melakukannya juga akan dikenakan tindakan tatatertib.

Penyiasatan

Semasa isu dibangkitkan, Donaldson akan menentukan sama ada siasatan diperlukan. Penyiasatan akan dikendalikan dengan seberapa sulit yang boleh. Jika anda diminta menyertai penyiasatan, anda mestilah jujur dan menyerahkan semua maklumat yang ada pada anda.

Selain itu, anda tidak boleh membincangkan butir-butir siasatan dengan sesiapa pun di luar pasukan penyiasat dan anda tidak boleh bertindak dengan cara yang mengganggu atau menghalang penyiasatan mahupun menjalankan penyiasatan anda sendiri.

Berdasarkan hasil siasatan, para pekerja yang berkelakuan tidak wajar mungkin dikenakan tindakan tatatertib, setakat dan termasuk dipecat.

  • Bersiap sedia mengemukakan seberapa banyak butiran yang boleh (siapa, apa, di mana dan bila)
  • Menyimpan nombor laporan yang diberikan kepada anda supaya langkah susulan lebih mudah dilakukan (terutamanya jika anda merahsiakan nama anda)
  • Mengetahui bahawa Donaldson mungkin tidak dapat memberitahu anda tentang tindakan tatatertib yang telah diambil kerana perlu menghormati hak privasi

Pengetepian Tatakelakuan

Dalam beberapa keadaan, Donaldson mungkin perlu mengetepikan sebahagian daripada Tatakelakuan ini. Pengetepian mesti diluluskan oleh pihak berkuasa penyeliaan yang berpatutan. Jika pengetepian hendak dilakukan bagi pegawai eksekutif atau ahli lembaga pengarah, maka lembaga pengarah syarikat mesti meluluskannya. Selain itu, pengetepian Tatakelakuan kita yang diluluskan oleh lembaga pengarah bagi pegawai eksekutif atau pengarah mestilah didedahkan dengan segera kepada pemegang saham.

TATAKELAKUAN KITA MENTAKRIFKAN

Membuat laporan dengan "suci hati" bermaksud mengemukakan semua maklumat yang berkenaan, dengan jujur dan lengkap, walaupun laporan anda mungkin tidak mendedahkan salah laku sebenar.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai prinsip Tidak Bertindak Membalas