Langkau ke kandungan utama

KITA PERKASAKAN SATU SAMA LAIN

KITA PALING BAGUS APABILA KITA BEKERJA BERSAMA-SAMA.

Konflik Kepentingan

Konflik kepentingan berlaku apabila pekerja bertindak atau kelihatan seperti bertindak mengikut kepentingan peribadi pekerja itu sendiri dan bukannya demi kepentingan Donaldson. Apabila membuat keputusan rasmi, janganlah kita utamakan aktiviti peribadi, kepentingan kewangan atau perkaitan kita sendiri melebihi kewajipan kita kepada satu sama lain dan kepada Donaldson.

Kita:

  • Berurusan dengan rakan niaga dan pelanggan secara adil tanpa mengharapkan kelebihan peribadi
  • Mematuhi Dasar Hadiah dan Keraian kita semasa memberikan ATAU menerima hadiah, keraian atau apa-apa yang bernilai
  • Mendedahkan semua hubungan peribadi atau konflik kepentingan yang mungkin berlaku dengan segera dan sepenuhnya melalui sistem Pengurusan Pendedahan kita.
potret penuras krom Donaldson

Penting kita sedari bahawa bayangan berlakunya konflik kepentingan pun boleh membawa masalah atau menjejaskan syarikat. Jika anda kurang pasti sama ada terdapat isu atau konflik, Cakap dan bincang dengan pengurus anda atau sumber Cakap yang lain. Anda juga mesti melaporkan atau mendedahkan konflik kepentingan yang diketahui atau disyaki yang melibatkan pekerja lain.

Antara situasi yang memerlukan kita lebih beringat akan konflik yang boleh berlaku ialah:

  • Penyeliaan rakan, keluarga atau pasangan cinta
  • Peluang perniagaan luar, termasuk pekerjaan, sama ada dengan pesaing, rakan niaga (termasuk pelanggan), bakal rakan niaga atau mana-mana organisasi
  • Persaingan dengan Donaldson dengan apa-apa cara, termasuk perbuatan mengambil atau melabur ke dalam peluang milik Donaldson

Boleh, jika anda mendedahkan hubungan anda dengan kawan anda itu dan syarikatnya kepada pengurus anda dan kepada Jawatankuasa Pematuhan. Anda juga harus mengecualikan diri anda daripada proses pemerolehan vendor itu untuk mengelakkan bayangan berlakunya kepincangan.