KITA PERKASAKAN SATU SAMA LAIN
KITA PALING BAGUS APABILA KITA BEKERJA BERSAMA-SAMA.
Hadiah, Keraian dan Layanan
Kita tidak cuba mendapatkan kelebihan melalui penggunaan hadiah atau hiburan secara tidak wajar. Walaupun pertukaran hadiah dan hiburan yang sederhana dan berpatutan boleh diterima, pertimbangan yang waras mesti digunakan supaya reputasi syarikat dan pekerja kita tidak tercalar.
Menawarkan, memberikan, meminta atau menerima apa-apa bentuk sogokan atau rasuah tetap dilarang.
Jamuan makan, keraian atau hadiah yang tidak sampai AS$200 nilainya biasanya boleh diterima tetapi jika anda ragu-ragu, tanya diri sendiri soalan-soalan yang berikut:
- Adakah berian ini ditawarkan selalu?
- Adakah berian ini berbentuk wang tunai atau kesamaan tunai?
- Adakah berian ini tidak berkait dengan mana-mana tujuan perniagaan?
- Adakah berian ini bertentangan dengan Tatakelakuan kita, dasar-dasar kita atau undang-undang?
- Adakah berian ini bercanggah dengan dasar-dasar pihak lain?
- Adakah berian ini dimaksudkan untuk mempengaruhi suatu keputusan perniagaan?
- Adakah pemberi itu mengharapkan balasan hadiah atau pertolongan istimewa?
- Adakah berian ini dihadiahkan tanpa diketahui orang atau secara "tidak rasmi?"
- Adakah berian ini diharamkan, menyakiti hati atau lucah?
Jika anda menjawab "YA" bagi mana-mana soalan ini, maka berian itu tidak berpatutan dan hendaklah ditolak kemudian dilaporkan.

- Sebarang hadiah atau hiburan bernilai melebihi had US$200 kita
- Hadiah atau keraian untuk pegawai kerajaan, walau berapa pun nilainya
Anda boleh mendapatkan borang pendedahan hadiah dan keraian kita bagi hadiah yang diberikan dan hadiah yang diterima secara dalam talian.
Jika anda menerima hadiah yang tidak menepati dasar kita, pulangkan hadiah itu. Jika anda tidak mungkin dapat memulangkan hadiah itu, hubungi Jawatankuasa Pematuhan.

"Sogokan" ialah rasuah yang dibuat sebagai ganjaran kerana membuat atau mempengaruhi aturan perniagaan.
"Kesamaan tunai" boleh merangkumi kad hadiah, saham, bon, pinjaman, mata wang kripto dan sekuriti lain.
Tidak boleh. Keraian ini tiada kaitan yang jelas dengan mana-mana tujuan rasmi dan tidak mungkin nilainya kurang daripada AS$200. Untuk mengelakkan walau bayangan berlakunya pengaruh, anda patut menolak jemputan tersebut. Jika anda masih khuatir, laporkan hal ini kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain.
