KITA PERKASAKAN SATU SAMA LAIN
KITA PALING BAGUS APABILA KITA BEKERJA BERSAMA-SAMA.
Hubungan dengan Pihak Ketiga
Kita jujur dan telus, dan tindakan kita selaras dengan janji kita. Komuniti, rakan niaga dan pembekal kita boleh mengharapkan Donaldson untuk berpegang pada janji kita.
Kita:
- Bercakap benar dan memberikan semua butiran yang berkenaan
- Mempertanggungjawabkan diri kita terhadap kata-kata dan tindakan kita
- Menghendaki rakan niaga kita turut bertindak secara beretika dan jujur dengan kita
Semasa memilih rakan niaga (termasuk peniaga, pengedar, perunding, ejen, pembekal, vendor, kontraktor atau pihak ketiga lain), kita membuat keputusan berdasarkan kesesuaian dan prestasi demi kepentingan Donaldson dan kita mematuhi Tatakelakuan kita, prosedur kita dan undang-undang. Rakan niaga dipilih secara adil, berdasarkan kualiti, perkhidmatan, kecekapan dan harga.
Sebagaimana kita menghendaki pekerja kita bertindak dengan berintegriti, kita juga menghendaki agar pembekal kita dan pihak ketiga lain, serta pekerja mereka, menjalankan semua aktiviti perniagaan mengikut garis panduan Tatakelakuan Pembekal Donaldson pada setiap masa.
Kita membuat keputusan pembelian dengan cara yang sama. Kita membuat pilihan berdasarkan kepentingan Donaldson, walau siapa pun pengilangnya atau pembekalnya.
Laporkan kekhuatiran anda dengan segera kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain. Jika berlaku salah nyata, langkah-langkah yang perlu akan diambil untuk menamatkan kontrak berserta sebab.
