Langkau ke kandungan utama

KITA BUAT APA YANG BETUL

KITA SELALU BERTINDAK DENGAN BETUL UNTUK PELANGGAN KITA, RAKAN NIAGA KITA, INDUSTRI KITA DAN DIRI KITA SENDIRI.

Pematuhan Undang-undang Perdagangan

Undang-undang perdagangan mungkin rumit dan sering berubah. Oleh itu, dapatkan bimbingan jika anda musykil dan semak dasar kita. Kegagalan mematuhi undang-undang perdagangan boleh membawa akibat yang sangat berat, misalnya publisiti yang buruk, penangguhan atau penyitaan penghantaran, kehilangan hak keistimewaan import eksport dan/atau hukuman sivil dan jenayah.


TATAKELAKUAN KITA MENTAKRIFKAN:
"Pengubahan wang haram" ialah percubaan menyembunyikan hasil aktiviti jenayah sebagai pendapatan yang sah melalui perniagaan.

Tidak patut. Undang-undang Amerika Syarikat tidak membenarkan urus niaga antara mana-mana entiti milik Syarikat atau yang dikawal oleh Syarikat dengan entiti atau orang yang berkait dengan negara atau pihak terlarang, walaupun transaksi dilalukan menerusi negara pihak ketiga atau negara yang neutral. Apa-apa aktiviti yang boleh menyalahi undang-undang perdagangan mesti dielakkan. Jika anda nampak perubahan atau tingkah laku yang mencurigakan, hubungi Pematuhan Global dan Pematuhan Perdagangan dengan segera untuk memohon panduan. Urus niaga yang diteruskan tanpa menangani hal begini boleh mendedahkan syarikat kita kepada risiko undang-undang dan kewangan yang serius.

Seorang juruteknik makmal yang bersarung tangan mengendalikan penimbang persis dengan menggunakan silinder penyukat dan tiub, dikelilingi tiub uji kaji di dalam bekas biru.

Perdagangan global juga sangat mudah menjadi tempat berlakunya aktiviti pengubahan wang haram. Apabila menjalankan transaksi antarabangsa, simpan rekod yang lengkap lagi tepat dan berawas akan permintaan yang mencurigakan, misalnya:

  • Bayaran perlu dihantarkan ke akaun peribadi dan bukan akaun syarikat
  • Transaksi dijalankan melalui pihak ketiga tanpa perkaitan yang logik dengan rantai bekalan perniagaan kita
  • Rekod diubah atau urusan dijalankan "di luar rekod"