Langkau ke kandungan utama

KITA BUAT APA YANG BETUL

KITA SELALU BERTINDAK DENGAN BETUL UNTUK PELANGGAN KITA, RAKAN NIAGA KITA, INDUSTRI KITA DAN DIRI KITA SENDIRI.

Pencegahan Rasuah

Di Donaldson, kita bertindak dengan berintegriti dan kita tidak menyogok. Sogokan dan bentuk rasuah yang lain dilarang sekeras-kerasnya.

Kita tidak menghadiahkan apa-apa yang bernilai kepada rakan dagang atau pegawai kerajaan untuk mendapatkan atau mengekalkan urus niaga, memperoleh kelebihan perniagaan atau mempengaruhi keputusan perniagaan dengan cara lain.

Dasar ini turut merangkumi sesiapa sahaja yang mewakili Donaldson, termasuk pakar runding, rakan niaga dan ejen kita serta mana-mana pihak ketiga yang lain.


TATAKELAKUAN KITA MENTAKRIFKAN:

"Apa-apa yang bernilai" merangkumi wang tunai, kesamaan tunai (misalnya kad hadiah), sumbangan amal, pinjaman, hadiah, pertolongan istimewa, keraian dan peluang.

"Pegawai kerajaan" mungkin pekerja kerajaan atau pekerja syarikat yang dimiliki atau dikawal oleh kerajaan, misalnya ejen pembelian yang bekerja dengan pengilang milik kerajaan. Pegawai kerajaan juga mungkin merangkumi ahli politik dan mereka yang bekerja untuk organisasi antarabangsa seperti Persatuan Bulan Sabit Merah.

INTEGRITI

KOMITMEN

HORMAT

INOVASI



KITA:

  • Mematuhi dasar dan prosedur Donaldson tentang hadiah dan keraian pada setiap masa
  • Menyimpan rekod yang tepat dan lengkap tentang semua belanja rasmi
  • Tidak menerima atau memulangkan sebahagian daripada jumlah yang telah dibayar (biasanya dipanggil suap balik) untuk memperoleh urus janji atau mempengaruhi keputusan perniagaan

Tiada satu pun urus janji yang berbaloi dengan akibat sogokan. Pelanggaran undang-undang antirasuah boleh membawa hukuman yang berat terhadap Donaldson serta orang yang terbabit.Penuras bendalir Donaldson berupa balang putih yang berlabel pada sisinya dan berlubang-lubang pada dasarnya untuk tujuan lekapan.