Langkau ke kandungan utama

KITA BUAT APA YANG BETUL

KITA SELALU BERTINDAK DENGAN BETUL UNTUK PELANGGAN KITA, RAKAN NIAGA KITA, INDUSTRI KITA DAN DIRI KITA SENDIRI.

Hubungan dengan Pelanggan

Seorang lelaki dan wanita mengkaji maklumat pada komputer riba di gudang yang diterangi dengan baik dan dikelilingi rak-rak berisi barangan.

Ini bermaksud memasarkan produk dan perkhidmatan kita dengan menggunakan pendekatan yang mencerminkan komitmen kita untuk bertindak dengan berintegriti dan menyampaikan nilai kepada pelanggan. Kita berkomunikasi secara terbuka dan jujur, menyokong dakwaan kita dengan maklumat dan memastikan bahawa Donaldson sentiasa berkata benar.

Kita amalkan pemasaran dan periklanan yang benar dengan cara:

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan
  • Tidak membuat dakwaan palsu mengenai produk dan perkhidmatan kita
  • Tidak mahu menjanjikan sesuatu yang tidak dapat kita tunaikan
  • Tidak berbohong mengenai pesaing kita mahupun memfitnah mereka

Betulkan kesilapan itu semasa mesyuarat tersebut jika boleh. Jika tidak boleh, laporkan hal ini kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain. Langkah ini memastikan bahawa syarikat membetulkan salah tanggapan oleh pelanggan, jika ada.