Langkau ke kandungan utama

KITA BUAT APA YANG BETUL

KITA SELALU BERTINDAK DENGAN BETUL UNTUK PELANGGAN KITA, RAKAN NIAGA KITA, INDUSTRI KITA DAN DIRI KITA SENDIRI.

Perdagangan Orang Dalam

Bilik pameran perindustrian moden yang mempamerkan pelbagai sistem dan peralatan penurasan Donaldson berlatarkan dinding biru.

Orang yang ditentukan, termasuk semua ahli lembaga pengarah serta pegawai dan pekerja lain yang tertentu, tertakluk kepada larangan tambahan, termasuk tempoh bukaan tetingkap perdagangan dan keperluan mendapat prakelulusan Ketua Pegawai Undang-undang sebelum menjalankan transaksi saham syarikat. Kita mesti mengelakkan walau bayangan berlakunya transaksi yang tidak berpatutan untuk memelihara reputasi syarikat kita dan mengelakkan akibat undang-undang yang serius.

Rujuk Dasar Perdagangan Sekuriti dan Pendedahan Maklumat kita untuk mendapatkan butir-butir tentang larangan dan dasar perdagangan orang dalam. Jika anda ingin bertanya atau berasa khuatir tentang perdagangan orang dalam, hubungi Ketua Pegawai Undang-undang.

TATAKELAKUAN KITA MENTAKRIFKAN:
"Maklumat penting yang tidak ketahui umum" ialah maklumat yang tidak boleh didapati oleh orang awam dan yang akan dianggap penting diketahui oleh pelabur yang waras jika dia mendagangkan sekuriti, misalnya:maklumat yang belum dimuktamadkan tentang hal kewangan, penggabungan atau pemerolehan, perubahan anggota kepimpinan, rancangan produk atau peletakan harga, atau transaksi perniagaan lain yang penting.

Tidak boleh. Bahawa anda tidak dapat mengesahkannya itu tidak penting. Anda tetap terdengar maklumat dalam. Jangan berdagang berdasarkannya mahupun memberikan tip kepada orang lain untuk berdagang. Anda mungkin menghadapi hukuman undang-undang yang berat.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai Perdagangan Orang Dalam