KITA BUAT APA YANG BETUL
KITA SELALU BERTINDAK DENGAN BETUL UNTUK PELANGGAN KITA, RAKAN NIAGA KITA, INDUSTRI KITA DAN DIRI KITA SENDIRI.
Persaingan Adil
Jangan lakukan:
- Membincangkan harga atau strategi kita dengan pesaing
- Membuat perjanjian dengan pesaing untuk mengagih-agihkan kawasan penjualan, pasaran atau pelanggan
- Berbincang dengan pelanggan atau pembekal tentang cadangan menyekat perdagangan atau mengecualikan pesaing
- Mengutip maklumat berempunya atau maklumat sulit milik pesaing secara tidak wajar
Undang-undang persaingan, yang juga disebut undang-undang antipakat, ada kalanya kompleks dan berbeza di setiap negara. Jika anda ingin bertanya atau berasa khuatir tentang persaingan yang adil, hubungi Jabatan Undang-undang.
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai Persaingan Adil

Perbualan dengan pesaing mungkin dibenarkan selagi perbualan itu tidak berkenaan dengan operasi perniagaan kita dan tidak melibatkan maklumat yang sensitif atau yang berempunya. Jika pesaing cuba membincangkan perkara-perkara seperti peletakan harga, kawasan penjualan, produk baharu atau maklumat persaingan atau sensitif yang lain, anda harus menamatkan perbincangan itu dengan segera dan melaporkan kejadian buruk tersebut kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain.