KITA BERTANGGUNGJAWAB
KERJA YANG KITA LAKUKAN MAMPU MENGUBAH KEADAAN. OLEH ITU, KITA MENGANGGAP TANGGUNGJAWAB KITA DENGAN SERIUS
Penyimpanan Rekod dan Pelaporan Kewangan yang Tepat
Maklumat yang palsu atau mengelirukan tidak boleh dimasukkan dengan sengaja atau disembunyikan di dalam rekod syarikat. Ketidaktepatan rekod kita mesti dilaporkan dengan serta-merta kepada pengurus anda atau salah satu sumber Cakap yang lain.
Semak rekod dengan kerap dan cari tanda-tanda penipuan, misalnya:
- Kemasukan data palsu
- Wang atau bayaran yang tidak direkodkan
- Maklumat ditinggalkan
- Pernyataan yang mengelirukan
- Maklumat diubah
INTEGRITI
KOMITMEN
HORMAT
INOVASI

Kita menguruskan rekod yang ada dengan cermat. Ikuti dasar dan prosedur yang ditetapkan tentang cara menyimpan, menyelenggarakan dan melupuskan rekod. Berikan pertimbangan khas kepada dokumen yang tertakluk kepada tahanan undang-undang dan simpan dokumen itu di tempat yang selamat. Rekod-rekod ini tidak boleh dilupuskan kecuali dibenarkan.
Anda patut menyemak setiap belanja dan resit yang dilampirkan untuk menentukan sama ada belanja itu sahih, dicatatkan dengan tepat dan disokong dengan betul. Jika sesuatu belanja itu nampaknya luar biasa dengan apa-apa cara pun, minta penjelasan pekerja yang berkenaan. Perbuatan meluluskan laporan belanja tanpa menyemaknya menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan maklumat yang diberikan dan ini boleh menyebabkan anda terbabit memalsukan rekod.