Langkau ke kandungan utama

KITA BER­TANG­GUNG­JA­WAB

KERJA YANG KITA LAKUKAN MAMPU MENGUBAH KEADAAN. OLEH ITU, KITA MENGANGGAP TANGGUNGJAWAB KITA DENGAN SERIUS

Bercakap Bagi Pihak Donaldson

Kita:

  • Berkomunikasi dengan jujur dan penuh hormat
  • Memberikan penjelasan apabila kita mengeluarkan pernyataan atau pendapat sendiri dan bukannya bagi pihak Donaldson
  • Tidak mendedahkan maklumat sulit
  • Mendapatkan kelulusan sebelum bercakap semasa acara awam ataupun kepada pihak media mengenai peranan anda di Donaldson
  • Patuhi Dasar Komunikasi Awam kita

Donaldson telah melantik beberapa jurucakap dan hanya mereka sahaja diberi kuasa untuk membincangkan maklumat syarikat di khalayak ramai. Pertanyaan atau permintaan maklumat dari luar hendaklah diserahkan kepada mereka.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai cara Bercakap Bagi Pihak Donaldson.

Mungkin dibenarkan. Bagi peluang perhubungan awam dan media yang tertentu (contohnyauntuk menyampaikan ceramah atau menerbitkan rencana), anda mungkin digalakkan turut serta sebagai pekerja. Walau bagaimanapun, anda mesti mendapatkan kelulusan pengurus anda dan Komunikasi Korporat sebelum anda bersetuju mengambil bahagian.

Seorang juruteknik sedang membetulkan peralatan pada sebuah reaktor keluli tahan karat yang besar dan berkilat-kilat di dalam makmal yang moden.