Langkau ke kandungan utama

Tujuan dan Prinsip-prinsip Kita

Tujuan: Memajukan Bidang Penurasan demi Dunia yang Lebih Bersih. Kita memenuhi tujuan kita melalui himpunan enam prinsip yang membimbing tingkah laku, hubungan dan interaksi kita. Prinsip-prinsip ini menjadi teras segala pekerjaan kita.

BERTINDAK DENGAN BERINTEGRITI

Kita menunaikan janji kita dan bertanggungjawab terhadap tindakan kita. Kita berpegang pada janji kita.

LIBATKAN DAN PERKASAKAN WARGA KITA

Kita mempunyai budaya yang majmuk dan terangkum dan kita membuka peluang kepada warga syarikat kita untuk berkembang, membina kerjaya yang cemerlang dan memberikan sumbangan yang bermakna.

MENYAMPAIKAN KHIDMAT DEMI PELANGGAN

Kita memahami, menjangkakan dan mengutamakan keperluan pelanggan, lalu kita menyampaikan produk dan penyelesaian yang dibezakan untuk menyokong kejayaan mereka.

PUPUK INOVASI

Kita mengejar inovasi dalam segala pekerjaan kita, daripada peningkatan yang berterusan pada proses-proses kita sehingga penyelesaian cemerlang yang mewujudkan nilai dan kelebihan persaingan.

BEROPERASI SECARA SELAMAT DAN MAMPAN

Kita komited terhadap keselamatan di tempat kerja, menjaga sumber asli dengan baik dan mengurangkan kesan yang kita tinggalkan terhadap persekitaran.

PERKAYAKAN KOMUNITI KITA

Kita berkongsi masa, sumber dan bakat kita untuk meninggalkan kesan yang positif di dunia.