KITA JIWAI PRINSIP-PRINSIP KITA
APABILA KITA BERPEGANG PADA PRINSIP, KITA MEMUNGKINKAN KEJAYAAN.
Perihal Tatakelakuan Kita
Di Donaldson, Tatakelakuan kita bukan sekadar senarai peraturan. Tatakelakuan ini merupakan gambaran nilai dan prinsip hidup yang kita amalkan. Tatakelakuan kita memberikan bimbingan dan sumber untuk membantu kita memelihara tempat kerja yang berintegriti, penuh hormat, selamat dan cemerlang.
Walaupun Tatakelakuan kita menyeluruh, namun tidak semua senario yang mungkin akan anda hadapi diliputinya. Semasa anda membaca dan merenungi Tatakelakuan kita, catatkan soalan yang ingin anda tanya dan pastikan anda mendapatkan penjelasan daripada sumber Cakap anda.
Tatakelakuan kita dikenakan sepanjang masa terhadap semua pekerja, termasuk pegawai dan pengarah Donaldson Company, anak syarikatnya, unit perniagaannya, perkongsiannya dan usaha samanya, jika Donaldson memiliki bahagian majoritinya atau mengawal pengurusannya.
Kegagalan mematuhi standard Tatakelakuan kita atau kegagalan melaporkan pelanggaran yang diketahui boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil, setakat dan termasuk tindakan memecat.
Tidak, anda tidak patut berbuat begitu. Tiada sesiapa pun dalam syarikat kita, walau apa pun peranannya, diberi kuasa untuk menyuruh anda mengetepikan sesuatu yang mungkin melanggar Tatakelakuan kita, dasar kita atau undang-undang. Laporkan kekhuatiran anda kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain.