Apa Kita Buat: Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif Kita
Apa Kita Buat: Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif Kita
Rakan Sekerja yang Dihormati
Pada tahun 1915, jurujual traktor bernama Frank Donaldson menerima pelanggan. Dan pelanggan itu sedang menghadapi masalah yang agak rumit – ladang penuh habuk yang sentiasa mengotorkan enjin traktornya. Frank berfikir panjang tentang masalah itu dan mendapat suatu penyelesaian yang ringkas tetapi sangat berkesan. Itulah caranya penuras udara Donaldson yang pertama tercipta.
Sejak itu, banyak yang telah berubah. Donaldson sudah berkembang menjadi sebuah syarikat global dan kita tidak hanya membaiki masalah enjin traktor. Kepelbagaian jenis pelanggan dan industri yang menerima khidmat kita tercermin pada kemampuan dan teknologi termaju dalam produk yang kita hasilkan hari ini. Tetapi apa yang kita buat secara asasnya tidak berubah. Pelanggan datang mengemukakan masalah mereka kepada kita dan kita beri mereka penyelesaian yang inovatif, produk yang berkualiti dan perkhidmatan pelanggan yang boleh dipercayai. Itulah sebabnya, lebih daripada 100 tahun kemudian, kita masih menunaikan janji untuk memajukan bidang penurasan demi dunia yang lebih bersih.
Tatakelakuan kita bukan sekadar senarai peraturan tetapi suatu ungkapan nilai dan prinsip yang membimbing hidup kita serta alat penting yang menolong kita memahami siapa diri kita dan cara kita berurus niaga. Muka-muka surat yang seterusnya membentangkan kehendak yang jelas tentang tindakan yang berintegriti, berdasarkan enam prinsip panduan kita. Saya galakkan semua pekerja agar membiasakan diri masing-masing dengan dokumen ini kerana pemahaman anda dapat menolong kita mematuhi undang-undang dan dasar-dasar kita.
Saya berbesar hati kerana diberi penghormatan untuk mengetuai syarikat ini dan seronok menantikan masa depan yang akan kita hadapi kelak. Bersama-sama, kita akan teruskan menjadi syarikat yang beretika, inovatif, mampan dan berjaya.

Yang benar,
Tod Carpenter
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
