KITA PERKASAKAN SATU SAMA LAIN
KITA PALING BAGUS APABILA KITA BEKERJA BERSAMA-SAMA.
Privasi Pekerja
Kita komited terhadap usaha memastikan data pekerja sentiasa sulit dan selamat. Untuk tujuan perniagaan, kita biasanya perlu kita mengutip, menggunakan dan menyimpan maklumat peribadi yang sensitif. Pelanggaran keselamatan boleh memudaratkan syarikat dan individu.
Oleh itu, kita mesti berhati-hati ketika mengendalikan data yang boleh kita ambil, antara lainnya:
- Fail kakitangan pekerja
- Maklumat perubatan atau kesihatan pekerja
- Maklumat kewangan pekerja
- Sejarah pekerjaan
- Data semakan latar belakang
- Maklumat peribadi yang lain seperti butir-butir perhubungan atau pengenalan
Laluan untuk mendapatkan maklumat peribadi sepatutnya diberikan hanya kepada mereka yang dibenarkan dan mempunyai keperluan rasmi.
Semua dasar, prosedur dan undang-undang mesti diikuti semasa mengambil, mengutip, menggunakan, memindahkan dan memusnahkan data pekerja.
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai Privasi Data
Maklumat tentang para pekerja kita sulit dan sepatutnya boleh diberikan hanya kepada mereka yang dibenarkan mendapat maklumat ini. Dalam situasi begini, jangan layan orang itu. Sebaliknya, laporkan permintaan tersebut kepada pengurus anda, Jawatankuasa Pematuhan atau sumber Cakap yang lain.
