KITA BERTANGGUNGJAWAB
KERJA YANG KITA LAKUKAN MAMPU MENGUBAH KEADAAN. OLEH ITU, KITA MENGANGGAP TANGGUNGJAWAB KITA DENGAN SERIUS
Aset Syarikat
Aset ialah alat yang kita gunakan untuk melakukan pekerjaan kita dan melakukannya dengan betul. Oleh itu, kita semua berperanan melindungi aset kita supaya tidak dibazirkan, hilang, dicuri atau disalahgunakan. Aset kita merangkumi aneka barang yang fizikal dan yang bukan fizikal, antara lainnya:
- Bangunan
- Peralatan
- Alat
- Inventori
- Bahan fizikal
- Komputer
- Perkakas elektronik
- Rangkaian
- Peranti
- Perisian
- Teknologi lain
- Bekalan pejabat
Aset ini perlu digunakan dengan selamat dan bertanggungjawab untuk tujuan rasmi yang sah sahaja. Kita juga perlu melindungi aset rakan niaga dan pelanggan kita.
