KITA BERTANGGUNGJAWAB
KERJA YANG KITA LAKUKAN MAMPU MENGUBAH KEADAAN. OLEH ITU, KITA MENGANGGAP TANGGUNGJAWAB KITA DENGAN SERIUS
Data Pelanggan dan Rakan Niaga
Kita amat menghormati privasi pelanggan dan rakan niaga kita dan kita komited terhadap usaha menjaga keselamatan dan melindungi data mereka supaya tidak hilang atau disalahgunakan.
Data peribadi merangkumi:
- Butir-butir perhubungan (nama, alamat, nombor telefon)
- Maklumat kewangan
- Maklumat perniagaan yang sulit
- Harta intelektual
Kita mematuhi semua dasar, prosedur dan undang-undang semasa mengambil, mengutip, menyimpan, menggunakan, memindahkan dan memusnahkan data pelanggan dan rakan niaga. Kita tidak akan berkongsi maklumat ini dengan sesiapa pun, sama ada di dalam atau di luar Donaldson, tanpa kebenaran yang sewajarnya.
Anggap maklumat itu sebagai sulit dan berhenti membacanya sebaik sahaja anda sedar bahawa e-mel itu disalah hantar kepada anda. Serta-merta maklumkan Jabatan Undang-undang mengenai situasi tersebut dan beritahu pengirimnya mengenai kesilapan itu. Jelaskan bahawa anda tidak teruskan membaca kandungan e-mel itu dan tidak akan menggunakan maklumat di dalamnya dengan apa-apa cara pun. Anda juga harus menghapuskan e-mel tersebut daripada sistem anda. Kita mesti mengekalkan standard etika dan mengelakkan tindakan yang boleh dipandang sebagai amalan persaingan yang tidak adil.