KITA BERTANGGUNGJAWAB
KERJA YANG KITA LAKUKAN MAMPU MENGUBAH KEADAAN. OLEH ITU, KITA MENGANGGAP TANGGUNGJAWAB KITA DENGAN SERIUS
Maklumat Sulit dan Harta Intelektual
Kita melindungi maklumat sulit Donaldson, termasuk rahsia perdagangan, data pelanggan, maklumat rakan niaga, data pekerja, strategi perniagaan, rancangan pemasaran, maklumat kewangan, maklumat penyelidikan dan pembangunan serta maklumat perniagaan lain yang tidak ketahui secara umum, supaya tidak disalahgunakan, dicuri atau hilang.
Kita tidak memberikan maklumat sulit kepada rakan niaga, pelanggan atau pihak ketiga yang lain melainkan pendedahan itu diluluskan secara wajar.
Kita menunaikan kewajipan kita mengikut perjanjian kerahsiaan, sama ada dengan Donaldson atau dengan syarikat lain, termasuk bekas majikan. Kewajipan kita memelihara maklumat sulit Donaldson berterusan sepanjang dan malah selepas tempoh perkhidmatan kita dengan syarikat ini.
Kita menghormati hak harta intelektual Donaldson serta pihak-pihak luar. Kita tidak menggunakan harta intelektual tanpa pelesenan atau kebenaran yang sewajarnya.
"Harta intelektual" merujuk kepada produk minda, seperti ciptaan, simbol perniagaan, reka bentuk, imej dan nama. Harta ini boleh dilindungi dengan paten, tanda dagang, rahsia perdagangan atau hak cipta.
Kita juga melindungi maklumat kita dengan cara beringat apabila kita menggunakan kecerdasan buatan (AI). Sedikit penggunaan alat-alat AI generatif dibenarkan untuk melaksanakan kerja bagi Donaldson sahaja setelah mendapat kelulusan pengurus anda. Jika anda diberi kuasa untuk menggunakan AI, gunakan hanya aplikasi yang diluluskan dan jangan masukkan maklumat sulit atau harta intelektual ke dalam alat AI awam. Dan pastikan anda menyemak setiap janaan AI untuk memastikan bahawa hasilnya tepat dan tidak pincang. Rujuk dasar Penggunaan Alat AI Generatif kita untuk mendapatkan butir-butir selanjutnya.
Tidak. Kita memperoleh urus janji dengan cara yang betul. Ahli pasukan anda itu boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran am yang dipelajari melalui pekerjaannya yang lepas. Tetapi maklumat yang menjadi milik syarikat itu akan bercanggah dengan kewajipan ahli pasukan anda, dasar-dasar kita dan mungkin juga undang-undang. Ahli pasukan anda itu memikul kewajipan melindungi maklumat sulit mengenai bekas majikannya, sepertimana anda juga bertanggungjawab melindungi maklumat sulit kita seandainya anda meninggalkan syarikat ini.
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai Maklumat Sulit
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai Keselamatan Siber
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai cara Melindungi Aset dan Maklumat
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai Harta Intelektual